Sunday, 5 November 2017

CARA HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN CEPAT

HAI SEMUA!! Weekend macam ni mesti ramai yang keluar beriadah dan spend time dengan family kan? Lebih pulak bila semua dah dapat gaji masing-masing. Hiks! 💃🏻💃🏻

Ok. Petang macam ni, sis nak kongsi dengan awak semua, cara hilangkan parut jerawat dengan cepat dan berkesan. Banyak petua dan cara yang sis kongsi dalam Instagram sis, kalau ada yang follow mesti dapat sesuatu dari perkongsian sis dalam IG. Bagi yang belum tahu, jangan lupa follow IG sis ya. 😉

Ok. Ada beberapa tips untuk hilangkan parut jerawat ni. Parut ni jika dibiarkan lama-lama akan pulih dengan sendirinya. Tapi ia akan ambil masa bertahun-tahun. Silap haribulan tak sempat hilang lagi parut sedia ada, dah muncul pulak parut yang lain. 😂😂. So ini ada tipsnye ye. Senang je. Tak banyak bahan. 

🌸 #1 Gunakan Lemon

Lemon ni kaya dengan Vitamin C. Maka ia juga kaya dengan antioksidan. Antioksidan ni penting untuk kesihatan & kecantikan kulit. Caranya ialah hiris setengah biji lemon secara nipis. Kemudian sapukan di wajah 2-3 kali sehari. Pastikan wajah dalam keadaan bersih dari sebarang kotoran sebelum sapu lemon tersebut. Amalkan setiap pagi, petang & malam.


🌸 #2 Gunakan Bawang Putih
Bawang putih memang sinonim dengan kecantikan luaran dan dalaman. Almost petua kecantikan akan menggunakan bawang putih sebagai bahan asas. Mudah je kan? Bawang putih memang terdapat dalam setiap rumah. Ok. Caranya ialah, kupas kulit bawang putih. Tumbuk lumat & sapukan ia ke muka yang bersih. Biarkan selama 10 minit dan bilas muka dengan air bersih. Amalkan petua ini setiap 2 kali seminggu


🌸 #3 Minyak Zaitun & Garam
Seperti bawang putih, minyak zaitun banyak digunakan dalam ramuan kecantikan kulit dan rambut. Manfaat minyak zaitun bukan saja untuk dalaman, tapi ia digunakan secara luaran juga termasuklah untuk hilangkan parut degil di wajah. Caranya ialah campurkan 1 sudu minyak zaitun dan sedikit garam halus. Gaul rata dan usap bahan ini ke muka secara lembut dalam gerakan memutar. Biarkan seketika bagi ia meresap ke dalam kulit (10-15 minit), dan cuci dengan menggunakan pencuci muka. Amalkan petua ini seminggu sekali sahaja.


🌸 #4 Putih Telur
Jika petua #3 adalah sebagai skrub, putih telur pula adalah sebagai masker. Caranya ialah asingkan kuning telur dan putih telur. Ambil putih telur sahaja dan sapukan ia ke wajah yang bersih. Biarkan selama 15 minit (seeloknya dalam keadaan berbaring bagi memaksimakan hasil). Putih telur bagus untuk menyerap lebihan minyak pada permukaan kulit. 

Senang kan petua ini? Persoalannya, rajin ke malas untuk amalkan petua ini? Hihihi. Kalau yang nak senang, amalkan penggunaan Night Cream Yanko secara konsisten setiap malam atau 3x dalam seminggu. Di siang hari pula wajib sapu Day Cream Yanko untuk melindungi skin dari punca kerosakan kulit, serta sinaran UV tanpa menutup liang pori, malah memberikan efek glowing pada kulit wajah. Kalau awak google testimoni Yanko ni melambak2 dan yang best superbest sebab ianya BEBAS MERKURI.

Untuk dapatkan produk Yanko, dan lebih banyak tips, jangan lupa like FB & Follow IG sis ya 👇👇

PM / Whatsapp : 016-9450506
Emel : wfws1505@gmail.com
Fanpage : Natural Health Be Young
Instagram : gebu.store_bywafaz


~XOXO~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...