SIAPA PEMINAT CERITA KOREA?? SIS SUKA SANGAT TENGOK CERITA KOREA SUATU KETIKA DULU. SEKALI HADAP TU DARI PAGI SAMPAI KE PAGI KE TENGAH HARI ESOKNYA. PUNYALAH PENANGAN KOREA TU GILA YAKMAT! MESTI KORANG PUN SAMA MACAM SAYA KAN? BETUL? BAIK NGAKU! HEHEHE. TAPIIII... ITU DULU LAAAA.. SEKARANG NI INSOFFFFF DAHHH (INSYALLAH..HIHIHI).
Ok. Bercakap pasal Cerita Korea ni kan, hari ni sis nak kongsi dengan semua pembaca blog sis, rahsia kecantikan Orang Korea. Bagi yang tengok drama Korea, mesti adore sangat dengan kecantikan tekstur dan warna kulit diorang. Abaikan pasal plastik surgery, tapi apa yang sis nak tekankan ialah diorang punya lifestyle dan pemakanan harian sendiri. Jom baca kisah yang dikongsikan oleh Kina, seorang yang menetap di Korea selama 3 tahun.
1. Penjagaan Kulit yang WAJIB ADA
a) Pencuci muka. Ada sesetengah yang menggunakan berus muka Pobling. Pobling sangat-sangat berkesan
b) Toner
c) Moisturizer
Ketiga-tiga benda kat atas ni adalah benda asas yang setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream. night cream, essence dan lain-lain. Tapi 3 bahan di atas adalah bahan paling asas. Jadi kalau malas sangat nak ada krim yang banyak-banyak, sekurang-kurangnya yang 3 tu mesti ada.
2. Peeling Gel
Ini kawan serumah Korea Kina sendiri yang bagitahu. Peeling gel ni macam skrub yang exfoliate kulit-kulit mati dan daki-daki. Wajib pakai sekurang-kurangnya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali.
Tapi bergantung pada jenis kulit juga. Kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sebab tu kalau tengok kulit badan diorang pun gebu dan licin.
Dulu Kina pernah jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah berhenti sebab tak larat nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok kat setiap kedai kosmetik brand Korea, mesti ada peeling gel ni. Kalau brand Nature Republic Kina recommend Aqua Peeling.
3. Sunblock
Kalau kat Malaysia orang kita pakai time nak pergi ke tepi pantai je kan, tapi orang Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan beauty consultant yang bekerja dengan It's Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni.
Tak pakai mekap takpe, asalkan pakai sunblock. Bukan setakat muka, tangan pun disapu sunblock. Bila tak pakai sunblock, kulit akan mudah jadi kusam, tumbuh bintik-bintik jeragat, jerawat, sunburn dan lain-lain. Bagi orang Korea, sunblock ni benda asas yang sangatlah penting.
4. Tidak makan makanan yang berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yang minimum
Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak dan manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang Korea kurus-kurus.
5. Banyak makan sayur
Kalau sesiapa yang pernah pergi Korea mesti tahu pasal ni. Menu makanan diorang biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dahla hidangan utama tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan sayur ni dan tak perlu diterangkan lagi.
6. Banyak bersukan
Waktu Kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut memang menyediakan bilik gym. Dan setiap haro gym tu mesti penuh. Kina perhatikan dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga, dan ada yang buat zumba. Ini kalau di universiti.
Kalau di luar pula, Kina pernah jadi tutor persendirian kelas English kepada 2 orang veteran Korea (umur dah 50 ke atas). Diorang kata, setiap hujung minggu diorang akan pergi hiking gunung Hallasan, gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50 lebih masih ok dan badan diorang memmang kurus. Kulit pun seperti 45 tahun ke atas.
7. Pakai Face Mask 2 kali seminggu
Kawan-kawan Korea Kina kat dorm dulu memang rajin sangatla pakai face mask ni. Dan siapa yang pernah sampai Korea mesti tahu betapa banyaknya face mask dijual di kedai sampai pening tak tahu nak beli yang mana. Mask ni sangat membantu untuk lembutkan dan buat kulit rasa segar. Kina perhati kawan-kawan yang rajin pakai mask kan, kulit diorang licin jenis berkilat. Sangat glowing.
Kalau tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh. Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih dan kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air. Pastu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon kat telur tu. Buat 2x seminggu.
8. Makan rumpai laut (seaweed)
Seaweed dalam makanan Korea ni dan macam wajib ada. Ada rumpai laut yang dah diproses, ada juga seaweed segar yang dimasak sup. Seaweed ini mengandungi banyak kolagen yang sangat bagus untuk kulit.
Dan orang Korea selalu guna seaweed dalam masakan diorang.
9. Tauhu
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu. Sama juga macam seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi melawat rumah kawan Korea dan dia hidang tauhu mentah + kimchi.
Mula-mula pelik tapi bila makan sedap. Tauhu tu diorang makan colek dengan Kimchi macam keropok lekor cicah sos.
10. Pembedahan Kosmetik
Pembedahan kosmetik hanyalah untuk betulkan mata, hidung, rahang muka dan lain-lain. Untuk penjagaan kulit muka dan kesihatan dalaman, mereka hanya mengamalkan senarai di atas.
Jadi boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman, pemakanan, aktiviti sukan dan sebagainya. Ini mungkin disebabkan kos rawatan kesihatan di sana sangatlah mahal. Jadi no wonder nenek usia 70-90 tahun pun masih boleh diving dalam laut sedalam 20 meter. Dahsyat kan?
Artikel ni sis petik dari website The Vocket.
Haa.. Amacam korang? Mampu buat macam orang Korea buat? Sis masih belum berjaya lagi buat, tak target 100% pun, dapat follow 50% dari cara mereka jaga kesihatan pun dah ok kan? Walaupun Yanko Skincare dah banyak membantu skin sis kelihatan lebih sihat, tapi lebih baik jika dapat jaga dari dalaman, sebab bila kesihatan tip top, kecantikan akan terserlah. Setuju ke idok? hehehe
Oh ya, bagi yang nak order Yanko Skincare, ada promosi nanti tau... Tungguuuuu sis umum kat sosial media ni ya. ;)
Whatsapp : www.wasap.my/60169450506
Emel : wfws1505@gmail.com
Fanpage : Natural Health Be Young
Instagram : gebu.store_bywafaz
~XOXO~
No comments:
Post a Comment