MENJADI USAHAWAN BUKANLAH SEMUDAH MENYEBUT PERKATAANNYA & BERANGAN-ANGAN TANPA USAHA YANG GIGIH & BERTERUSAN. USAHAWAN PERLU MEMPUNYAI JIWA YANG KENTAL & SENTIASA POSITIF DALAM MENJADIKANNYA USAHAWAN BERJAYA.
Untuk entri kali ni, saya ingin mengajak kawan-kawan mulakan bisnes walaupun hanya kecil-kecilan, dengan hanya seberapa modal yang mampu. Dalam keadaan ekonomi yang semakin meruncing sekarang, ramai yang ambil langkah ke depan dengan menceburi bidang keusahawanan / perniagaan, tak kurang juga yang ambil pendekatan berjimat cermat tanpa memikirkan cara untuk menambah pendapatan.
Bagi yang sedang mencari-cari bisnes yang nak dilakukan, ini tips sebelum anda memulakan bisnes:
#1 Tindakan Lebih Penting Dari Ilmu Perniagaan
Saya sangat bersetuju dengan statement ini ! Kerana dengan hanya kita bertindak, barulah kita akan dapat ilmu. Ilmu itu sebahagian besarnya kita dapat dari pengalaman. Yes! Pengalaman ialah ilmu yang paling berharga & berguna untuk kita. Along the way, jika kita mempunyai mentor dalam bisnes, kita akan sentiasa dapat ilmu daripada mentor kita melalui pertanyaan demi pertanyaan dan mentor akan menjadi reference kita. Sebagai contoh, dalam bisnes Gctea, mentor kami adalah leader kami yang lebih lama dalam bisnes ni & lebih tau cara menguruskan customer etc. So cari mentor anda ye!
#2 FOKUS Itu Penting
Biasa kita dengar, buat sesuatu perlulah fokus. Kita susah nak percaya tentang fokus selagi kita belum buat apa itu fokus.
Saya petik kata-kata Irfan Khairi:
F - Fikir Satu - Jangan Fikir Buat 2 Kerja Dalam 1 Masa
O - Optimakan Waktu - Cari Waktu Yang Paling Kita Energetic & Gunakan Sepenuhnya Waktu Itu
K - Kemaskan Tempat - Kemaskan Tempat Kerja Kita & Persekitaran Untuk Kita Perform Kerja Lebih Baik
U - Usah Melengah-lengahkan Masa. Jika Nak Melakukan Sesuatu. Buat Sekarang ! Suka Bertangguh Adalah Musuh Utama Kejayaan
S - Siap Dengan Pantas. Letakkan Dateline Untuk Siapkan Kerja Kita. Bila Dalam Keadaan Terdesak, Barulah Kita Lebih Efisien & Kita Lebih Optimis!
#3 Ubah Mindset Mengenai Kejayaan Perniagaan
Punyai Kereta Mewah & Rumah Besar --->>> Berjaya
Ini adalah contoh mindset yang salah. Hakikatnya, ramai khasnya orang Melayu membeli kereta mewah sebagai simbolik kejayaan mereka itu sebenarnya menggunakan duit keuntungan syarikat yang sepatutnya digunakan untuk mengembangkan perniagaan. Ingat! Perniagaan ialah aset, tetapi kereta ialah liabiliti / hutang
#4 Mengurus Kewangan Syarikat
Pernah tak kita dengar atau kita sendiri yang alami, duit tak tahu pergi ke mana. Pernah?? Ini banyak kali terjadi kat saya dan kawan-kawan. Pengurusan kewangan yang lemah memang terjadi jika kita tak rancang kewangan kita. Maksudnya kita tak buat bajet kecil untuk diri kita, ke mana duit yang akan digunakan, peruntukkan setiap bulan di dalam buku catitan bajet (perlu sediakan) dan catat duit keluar masuk. Ini wajib diaplikasikan jika kita mempunyai syarikat untuk mengelakkan ketirisan wang.
'' Catatlah perbelanjaan kita walaupun sekecil membeli gula-gula 30 sen, kerana dari situlah bermulalah untuk kita menguruskan nilai yang besar2 '
#5 Pemasaran Ialah Nadi Perniagaan
Teringat saya kata - kata seorang Jutawan Muda,
' Produk Anda Sebagus Mana Pun, Jika Marketing Anda Fail, Maka Produk Anda Fail, Tapi Jika Produk Anda Suam-suam Bagus, Tapi Jika Marketing Anda Power, Produk Anda Kelihatan Power'
Saya sangat bersetuju dengan kata-kata beliau. Memang tepat ! Sebab itulah sekarang saya nampak begitu banyak iklan untuk memasarkan produk masing-masing walaupun kandungan bahan antara produk pesaing lebih kurang sama. Siapa yang lebih ke depan, dialah juara. Itulah kekuatan marketing yang berkesan!
#6 Perlu Ada Mentor Perniagaan
#1 tadi saya dah sentuh sikit tentang mentor perniagaan. Ya. Sangat penting mentor perniagaan ni ye. saya pernah buat bisnes tanpa mentor, dan sekarang buat bisnes bermentor. Memang lain perubahan diri kita. Bukan sahaja dari segi kewangan improved, tapi motivasi & ilmu kita sentiasa berkembang. Mentor kita adalah sumber rujukan kita & tempat kita mencari ilham & kekuatan jika kita mempunyai masalah atau down dalam perniagaan kita.
#7 Kejayaan Tidak Datang Cepat
Siapa yang tak nak berjaya cepat ? Kalau boleh dalam perniagaan, hari ini bermula, semalam dah berjaya. Betol kan? Tapi bukanlah semudah itu. Bukanlah semudah menyebut perkataan, ''saya nak berjaya".
Mungkin kita terlalu banyak kisah kejayaan orang hanya dalam satu malam. Tetapi adakah mereka menceritakan bagaimana kejayaan itu dicapai? Jika cerita, adakah seindah bayangan? Tidak kan? Kerana kejayaan perlukan usaha berterusan, tidak mudah give up, dan sentiasa positif dalam menempa apa jua cabaran dalam bisnes.
Itu sahaja 7 perkara yang perlu diketahui sebelum kita memulakan bisnes. Artikel ini dikongsikan dengan tujuan memberi inspirasi dan idea bagi mereka yang ingin memulakan bisnes supaya anda bersedia. Ramai orang takut pada bisnes, tapi tidak takut pada diri sendiri. Bisnes tidak menyebabkan anda jatuh tergolek, tapi diri anda sendiri.
Oh ya, sebelum tutup tirai, nak tanya anda, NAK INCOME SEPERTI INI ????
Pendapatan hasil jual teh sahaja selama sebulan |
Pendapatan hasil jual teh selama sebulan sahaja |
PM / Whatsapp : 016-9450506
Emel : wfws1505@gmail.com
Fanpage : GCTEA Penawar Gemuk & Kencing Manis
Fanpage : GCTEA Penawar Gemuk & Kencing Manis
Instagram : bywafaz
~XOXO~
No comments:
Post a Comment