Tuesday, 28 April 2015

KEGUNAAN HAMPAS TEH



KALAU SEBUT PASAL TEH, RAMAI DI KALANGAN KITA YANG SUKA SANGAT MINUM TEH TERUTAMANYA SEWAKTU LEPAK DI KEDAI MAMAK SAMBIL TONTON BOLA DI WAKTU MALAM. TAPI RAMAI YANG TAK TAHU TENTANG MANFAAT HAMPAS TEH. SELALUNYA KITA AKAN BUANG HAMPAS TERSEBUT SELEPAS GUNA KAN. SEBENARNYA BANYAK KEGUNAAN HAMPAS TEH TAU KHASNYA UNTUK TUJUAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN. UNTUK ENTRI KALI NI, SAYA TERASA NAK SHARE KELEBIHAN HAMPAS TEH SELEPAS SAYA AMALKAN SENDIRI. 




Hampas teh yang banyak kegunaan

Sedikit info tentang hampas teh yang ramai di kalangan korang yang CONFIRM tak tahu. In fact saya pun baru tau. hihihi. Teh sebenarnya mengandungi VITAMIN C & VITAMIN E yang memang kita tau fungsi utamanya untuk tujuan kecantikan dan kesihatan kulit, untuk melambatkan penuaan dan menghalang pembentukan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser dan penyakit merbahaya lain. Bukan hanya air teh yang memberi manfaat, tetapi juga hampas teh sangat bagus untuk kegunaan luaran. 


Jom! Check it Out!


✿ Untuk Membersihkan Kelengkapan Rumah

  1. Untuk membersihkan cermin. Disebabkan strukturnya yang agak kasar, ia boleh digunakan untuk mencuci cermin serta tingkap di rumah kita. Caranya ialah teh yang sudah digunakan digosok pada cermin tingkap sehingga rata. Biarkan beberapa saat dan bilas. Anda akan dapati cermin tingkap berkilat.
  2. Untuk mencuci tandas. Caranya ialah dengan cara meletakkan hampas teh yang telah digunakan di bahagian yang kotor pada permukaan tandas. Biarkan beberapa saat dan gosok bahagian tersebut dan bilas.

Bertindak Sebagai Pewangi

  1. Pewangi di rumah. Untuk membangkitkan bau harum khasnya di ruang tamu atau bilik tidur, hampas teh boleh dicampur bersama haruman lain spt lavender dan gantung di kipas atau aircond.
  2. Hilangkan kelembapan bau dalam almari atau kasut. Letak sahaja hampas teh yang telah digunakan di dalam almari ataupun dalam kasut. Hampas tersebut perlulah sedikit lembab dan gantikan 3 hari sekali untuk tujuan kebersihan.
Untuk Tujuan Kecantikan

  1. Menyegarkan Mata. Ramai yang sedia maklum hampas teh bagus untuk menghilangkan lingkaran bawah mata. Caranya hampas teh yang telah disimpan dalam peti ais semalaman ditekapkan di kedua2 mata. Sebaiknya dilakukan semasa tidur malam.
  2. Mengurangi Jerawat. Ni tips yang saya buat. Memang best rasa kulit. Caranya hampas teh yang masih basah dikeluarkan dan digosok2 seluruh muka. Buat seperti skrub. Kemudian biarkan sehingga hampas kering dan bilas muka. Kesannya kulit terasa lembut dan sgt fresh.
  3. Untuk kesihatan rambut. Hampas teh yang masih lembab disapu ke seluruh rambut. Buat seperti kita bersyampu. Lakukan setiap hari hingga kita dapat result yang diinginkan.
  4. Mencerahkan wajah. Bagi yang tiada masalah kulit tetapi inginkan kulit yang lebih cerah secara semulajadi, boleh gunakan petua ini. Ambil hampas teh yang masih lembab dan tekapkan ke seluruh wajah. Biarkan selama beberapa minit dan bilas.

Ini adalah antara tips yang kita boleh amalkan dengan menggunakan hampas teh. Banyak kan kegunaannya? So pasni bolehlah kita amalkan ye. 



Glucos Cut @ Gctea yang terlalu banyak permintaan


Disebabkan saya jarang mengambil teh dalam diet harian saya, jadi saya amalkan pengambilan GCTEA. GCTEA bukan teh biasa, tetapi teh hijau. Untuk entry akan datang saya akan share kan kebaikan teh hijau. Bagi yang ingin mencuba boleh text saya aje ye.


PM / Whatsapp : 016-9450506
Emel : wfws1505@gmail.com
Instagram : bywafaz


~XOXO~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...