Saturday, 9 December 2017

KENAPA PERLU PAKAI SERUM?

HAIIII AWAK SEMUA!! HUJUNG MINGGU MACAM NI KORANG SELALU BUAT AKTIVITI APA? SIS MACAM BIASALAH. HOBI DUDUK RUMAH JE. ORANG LAIN BERBAGAI-BAGAI PLAN NAK BUAT KAT LUAR, SIS SERONOK DI RUMAH JE. SO UNTUK HARI NI TUGASAN SIS KENA SIAPKAN 1 ENTRY DALAM BLOG. SO SIS NAK SHARE PASAL SERUM VITAMIN C LURVEYA. KORANG DAH CUBA KE? HEHEHE

Sebenarnya baru sis perasan, sis belum lagi kongsi dengan korang apa sebenarnya Serum Vitamin C Lurveya ni? Heyyybattt sangat ke???? Ke sebab sis jual je lebih, bukan pakai pun. Owhhh no!! Sis bukan macam tu tau awak. Sis dah pakai sebab tu boleh menulis kat sini dan berkongsi berdasarkan pengalaman sis sendiri. Hikks!



SERUM VITAMIN C LURVEYA



Ok. Sebelum sis nak story pasal Serum Vitamin C ni, sis nak berkongsi dulu dengan korang kenapa kita perlu pakai serum dalam kehidupan harian kita. Kiranya ibarat macam rutin wajib lah. Mesti ada juga yang confuse kan, apa beza serum dengan pelembap kan? Betul tak? Hihihi. Ok sis explain tau. Jom cikidout

KEBAIKAN SERUM DAN KENAPA KITA PERLU MENGGUNAKANNYA

1) Mengandungi Bahan Aktif yang Tinggi & Padat

Pelembap muka yang biasa hanya mengandungi sekitar 5-10 peratus bahan-bahan aktif. Serum pula mengandungi sehingga 70 peratus bahan-bahan aktif yang sangat bermanfaat untuk kulit.

2) Mudah Meresap Jauh ke dalam Kulit

Molekul dalam serum adalah lebih kecil daripada molekul pelembap biasa. Oleh sebab itu, serum boleh meresap jauh ke dasar kulit. Pelembap pula mempunyai molekul yang lebih besar dan hanya berfungsi pada lapisan pertama kulit.

3) Boleh Dipakai Bersama Produk Wajah Yang Lain

Serum melengkapkan penggunaan produk penjagaan wajah yang lain. Dengan sifat yang mudah meresap ke dasar kulit, serum akan menyediakan kulit untuk menerima produk lain dengan lebih efektif

4) Hanya Perlu Digunakan Dalam Kuantiti Yang Sedikit


SERUM VITAMIN C LURVEYA MEMPUNYAI KEPEKATAN VITAMIN C YANG SANGAT TINGGI BERBANDING SERUM LAIN DI PASARAN

Usah terkejut apabila membeli serum, botolnya kecil namun harganya mahal berbanding saiznya. Ini kerana serum hanya perlu digunakan dalam kuantiti yang sedikit untuk mendapat kesan yang maksimum. Sebagai contoh, Serum Vitamin C Lurveya hanya perlu dititiskan setitik sahaja untuk kesan rata seluruh muka. Disebabkan keistimewaan inilah, satu botol serum mampu bertahan 4-6 bulan walaupun botolnya kecil sahaja.

5) Menangani Masalah Kulit Secara Spesifik

Setiap jenis serum dicipta untuk memberikan manfaat yang spesifik kepada kulit. Sesuaikan mengikut jenis kulit, umur dan keperluan kulit korang. Ada serum untuk berikan kelembapan, ada yang cerahkan kulit dan ada juga untuk mengurangkan kedutan wajah. Maka, wajar untuk kita pilih mengikut kesesuaian kehendak kulit masing-masing. Sebaiknya bertanyalah kepada penjual tentang kegunaan serum tersebut.


Nak tau tak kenapa sis rekemen sangat Serum Vitamin C ni? Bukan sebab sis jual, tapi pengalaman sis sendiri. Meh sis nak cerita one story. Baru je 3 hari lepas jadi tau. Hihihi


Ok. Citenye gini. Pada suatu hari.. Di kala malam yang kelam (eh cite macam nak tidurkan baby plak. hahahaha). Ok serius2, 3 hari lepas, sis ada jerawat yang besar (which is tak sedar pun bila bertepek kat situ). Tapi biasala sis, jerawat datang dan pergi di pipi ni hampir lali dah. Sebab sis berkecimpung dengan dunia jerawat sejak Form 3 lagi. Kesian kan.😂 Tapi syukur banyak nikmat lain Allah bagi walaupun kulit bukan macam Pajura. Hihihi
So sebelum tidur, malam tu sis tepek serum tu. Sis tak pakai night cream pun. Sebab malam tadi giliran serum plak. Hihihi. Sis gilir hari pakai serum dengan night cream ni

Pastu, bangun pagi esoknya, which is hari Khamis, sis tak perasan lagi tang jerawat tu. In fact tak tengok muka pun. Tapi tetiba sis raba jerawat besar tu dah takde dah. Wow!!! Amazing gilerrr produk ni. Baru sis tau.. Serum ni SUPERBB BEBBBBB!!!!! Kulit pun moist weiii.. Syiok sangat

Nak awet muda, ada jerawat, heyylokkk sangat pakai serum ni tau. Sis highly recommend kat korang ni.

So apa kebaikan Serum Vitamin C Lurveya (LVCS) ni?

CIRI - CIRI LVCS


 15 ml per unit
 Diluluskan KKM (NOT170102814K)
 Vitamin C (ascorbic asid) sebagai bahan utama
 Juga diperkaya dengan Vitamin E, ekstrak Lemon, Green Tea & Hyaluronic Acid untuk kesan lebih SUPERB 👍


FUNGSI LVCS

  Vitamin C berfungsi utk boost kepada penghasilan collagen semulajadi kulit

  Mengurangkan garis halus
  Merawat kulit kusam
  Melindungi kulit dari radikal bebas
  Melindungi kulit dari sinar UV
  Vita E membantu merawat cela & parut
  Merawat masalah kulit kering
  Kandungan hyaluronic acid membantu memperbaharui tekstur kulit (terutama breakout skin)
  Green tea bersifat antioksidan untuk tampak awet muda & berupaya mengurangkan bintik2 pigment pada kulit
  Extract lemon mampu mengatasi jerawat & melembutkan kulit

HASILNYA..

  Kulit tampak lebih AWET MUDA
  Menjadikan kulit lebih GLOW & BERSERI
  Rona kulit yang lebih SEKATA & CERAH
  FLAWLESS & bebas cela
  Kulit menjadi lebih LEMBAB
  Breakout skin LEBIH TERAWAT
  Bintik hitam, parut jerawat & pigment tampak makin PUDAR
  Kulit yang lebih LEMBUT, HALUS & SIHAT.

Note:
Penggunaan yang KONSISTEN disarankan untuk hasil yang terbaik

Haaa.. Amacam? Berminat nak beli? hihihi. Sis dah pakai beberapa bulan dah tapi sebotol pun tak habis lagi tau. Almaklumlah setitis sahaja dah cukup untuk sapuan rata seluruh muka sis ni ha. Apa yang sis suka pasal serum Vitamin C ni ialah waktu pagi tu, bila tengok kulit, lembab sangat. Dan nampak skin sihat. Sis ingatkan perasan sendiri, tapi bila kawan pun cakap benda yang sama, so sis rasa wow sangat kan..hihihi. Kalau korang berminat nak dapatkan Serum Vitamin C Lurveya ni, tak rugi cuba tau. Boleh whatsapp sis ya 



Emel : wfws1505@gmail.com
Fanpage : Natural Health Be Young
Instagram : gebu.store_bywafaz




~XOXO~


Thursday, 7 December 2017

10 CARA ORANG KOREA JAGA KULIT & KESIHATAN

SIAPA PEMINAT CERITA KOREA?? SIS SUKA SANGAT TENGOK CERITA KOREA SUATU KETIKA DULU. SEKALI HADAP TU DARI PAGI SAMPAI KE PAGI KE TENGAH HARI ESOKNYA. PUNYALAH PENANGAN KOREA TU GILA YAKMAT! MESTI KORANG PUN SAMA MACAM SAYA KAN? BETUL? BAIK NGAKU! HEHEHE. TAPIIII... ITU DULU LAAAA.. SEKARANG NI INSOFFFFF DAHHH (INSYALLAH..HIHIHI). 


Ok. Bercakap pasal Cerita Korea ni kan, hari ni sis nak kongsi dengan semua pembaca blog sis, rahsia kecantikan Orang Korea. Bagi yang tengok drama Korea, mesti adore sangat dengan kecantikan tekstur dan warna kulit diorang. Abaikan pasal plastik surgery, tapi apa yang sis nak tekankan ialah diorang punya lifestyle dan pemakanan harian sendiri. Jom baca kisah yang dikongsikan oleh Kina, seorang yang menetap di Korea selama 3 tahun.


1. Penjagaan Kulit yang WAJIB ADA

a) Pencuci muka. Ada sesetengah yang menggunakan berus muka Pobling. Pobling sangat-sangat berkesan
b) Toner
c) Moisturizer 

Ketiga-tiga benda kat atas ni adalah benda asas yang setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream. night cream, essence dan lain-lain. Tapi 3 bahan di atas adalah bahan paling asas. Jadi kalau malas sangat nak ada krim yang banyak-banyak, sekurang-kurangnya yang 3 tu mesti ada.


2. Peeling Gel

Ini kawan serumah Korea Kina sendiri yang bagitahu. Peeling gel ni macam skrub yang exfoliate kulit-kulit mati dan daki-daki. Wajib pakai sekurang-kurangnya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali.

Tapi bergantung pada jenis kulit juga. Kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sebab tu kalau tengok kulit badan diorang pun gebu dan licin.

Dulu Kina pernah jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah berhenti sebab tak larat nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok kat setiap kedai kosmetik brand Korea, mesti ada peeling gel ni. Kalau brand Nature Republic Kina recommend Aqua Peeling.

3. Sunblock

Kalau kat Malaysia orang kita pakai time nak pergi ke tepi pantai je kan, tapi orang Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan beauty consultant yang bekerja dengan It's Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni.

Tak pakai mekap takpe, asalkan pakai sunblock. Bukan setakat muka, tangan pun disapu sunblock. Bila tak pakai sunblock, kulit akan mudah jadi kusam, tumbuh bintik-bintik jeragat, jerawat, sunburn dan lain-lain. Bagi orang Korea, sunblock ni benda asas yang sangatlah penting.


4. Tidak makan makanan yang berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yang minimum

Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak dan manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang Korea kurus-kurus.


5. Banyak makan sayur

Kalau sesiapa yang pernah pergi Korea mesti tahu pasal ni. Menu makanan diorang biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dahla hidangan utama tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan sayur ni dan tak perlu diterangkan lagi.


6. Banyak bersukan

Waktu Kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut memang menyediakan bilik gym. Dan setiap haro gym tu mesti penuh. Kina perhatikan dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga, dan ada yang buat zumba. Ini kalau di universiti.

Kalau di luar pula, Kina pernah jadi tutor persendirian kelas English kepada 2 orang veteran Korea (umur dah 50 ke atas). Diorang kata, setiap hujung minggu diorang akan pergi hiking gunung Hallasan, gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50 lebih masih ok dan badan diorang memmang kurus. Kulit pun seperti 45 tahun ke atas.



7. Pakai Face Mask 2 kali seminggu

Kawan-kawan Korea Kina kat dorm dulu memang rajin sangatla pakai face mask ni. Dan siapa yang pernah sampai Korea mesti tahu betapa banyaknya face mask dijual di kedai sampai pening tak tahu nak beli yang mana. Mask ni sangat membantu untuk lembutkan dan buat kulit rasa segar. Kina perhati kawan-kawan yang rajin pakai mask kan, kulit diorang licin jenis berkilat. Sangat glowing.

Kalau tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh. Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih dan kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air. Pastu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon kat telur tu. Buat 2x seminggu.


8. Makan rumpai laut (seaweed)

Seaweed dalam makanan Korea ni dan macam wajib ada. Ada rumpai laut yang dah diproses, ada juga seaweed segar yang dimasak sup. Seaweed ini mengandungi banyak kolagen yang sangat bagus untuk kulit.

Dan orang Korea selalu guna seaweed dalam masakan diorang. 


9. Tauhu

Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu. Sama juga macam seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi melawat rumah kawan Korea dan dia hidang tauhu mentah + kimchi.

Mula-mula pelik tapi bila makan sedap. Tauhu tu diorang makan colek dengan Kimchi macam keropok lekor cicah sos.


10. Pembedahan Kosmetik

Pembedahan kosmetik hanyalah untuk betulkan mata, hidung, rahang muka dan lain-lain. Untuk penjagaan kulit muka dan kesihatan dalaman, mereka hanya mengamalkan senarai di atas. 

Jadi boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman, pemakanan, aktiviti sukan dan sebagainya. Ini mungkin disebabkan kos rawatan kesihatan di sana sangatlah mahal. Jadi no wonder nenek usia 70-90 tahun pun masih boleh diving dalam laut sedalam 20 meter. Dahsyat kan?

Artikel ni sis petik dari website The Vocket. 

Haa.. Amacam korang? Mampu buat macam orang Korea buat? Sis masih belum berjaya lagi buat, tak target 100% pun, dapat follow 50% dari cara mereka jaga kesihatan pun dah ok kan? Walaupun Yanko Skincare dah banyak membantu skin sis kelihatan lebih sihat, tapi lebih baik jika dapat jaga dari dalaman, sebab bila kesihatan tip top, kecantikan akan terserlah. Setuju ke idok? hehehe

Oh ya, bagi yang nak order Yanko Skincare, ada promosi nanti tau... Tungguuuuu sis umum kat sosial media ni ya. ;)

Emel : wfws1505@gmail.com
Fanpage : Natural Health Be Young
Instagram : gebu.store_bywafaz



~XOXO~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...